Gambar kenangan dulu-dulu masa pergi Majlis Perkahwinan anak perempuan Abang Shari di Jengka, Pahang. Inilah kali pertama menjejak kaki ke bumi Jengka.
Ada beberapa lagi foto sekitar majlis ini yang diambil secara rambang di fotopages PPKJ10.
Sahabat ni telah menelfon saya kelmarin untuk bertanyakan sesuatu. Di kesempatan itu, beliau telah meminta saya untuk menyampaikan salam takzim kepada sahabat-sahabat yang diingati. Dalam pada itu, saya juga mengingatkan beliau agar mengunjungi blog kita secepat mungkin dan sekiranya engkar, tindakan menyiarkan gambar ini akan dibuat dan kini telahpun dibuat. Hehehe...
Gambar ini dipetik dari Livewire. Cuma beberapa orang yang dikira bertuah di mana gambar mereka disiarkan. Mereka yang tiada gambarnya, "Im Sorry" Gambar-gambar lain ada dalam fotopages atau klik saja di sini.