26 June 2009

Bola Tampar lwn Penampar




Salam.

Heiy lama tak update blog kite ni wei. Maklumlah, bizi sikit. Tambah pulak tak ada modal nak tulis. Apa-apa pun, kali ni teman cubalah sikit-sikit luangkan masa.

Semua ketahui bahawa pembelajaran kita semakin sampai ke garis penamat. Ada yang semakin semangat, ada makin lemah semangat dan ada yang hangat-hangat.


Seperti sebelumnya, kita tak jemu-jemu mengadakan pelbagai program riadah sebagai usaha untuk mengeratkan silaturrahim sesama kita. Syukur setakat ini semuanya berjalan lancar dan berjaya mencapai matlamat 1PPKJ (12 pupu 1Malaysia). Pada 17hb Jun 2009, kita telah berjaya mengadakan perlawanan bola tampar sambil bertepuk-tampar sesama kita. Perlawanan yang diadakan di gelanggang bolatampar ILSAS ini (ya lah, kat mana lagi?) telah berlangsung sebanyak 4 set. Amat malang bagi pasukan Distribution (Kumpulan A-Malim Nawar) pimpinan Tok Penghulu dan Timbalan kerana dipaksa memenangkan pasukan Generation/Distribution (Kumpulan B-Malim Nawar) dalam semua 4 set.


Perlawanan ini turut mendapat perhatian Encik Ariff (bekas Koordinator PPKJ 10) yang mancho serta Encik Walid yang hansem di mana mereka telah sudi mencemar kasut dan selipar untuk turun menyaksikan pertembungan hebat ini .


Untuk mengenang kembali detik-detik tersebut silalah ke http://ppkj10.fotopages.com kerana banyak gambar-gambar yang menarik yang anda pasti tertarik melihatnya sebelum ianya ditarik penyiarannya. (berapa banyak tarik daa..)


Wassalam.