16 November 2009

PERUTUSAN KHAS PUAN KOORDINATOR

Assalamualaikum

Semoga tuan-tuan berada dalam keadaan sihat sejahtera. Setelah beberapa minggu tamat program, saya percaya masih segar di ingatan tuan-tuan, kenangan pahit manis semasa menjalani program PPKJ 10 selama lebih kurang setahun. Kehidupan belajar sambil bekerja, dengan komitmen keluarga bukan satu perkara mudah. Berada jauh dari insan tersayang juga bukannya senang. Saya rasa tuan-tuan semua seharusnya bangga dengan diri, kerana telah berjaya mengharungi susah senang pada masa itu.

Saya amat kagum dengan semangat setiakawan dan ikatan yang wujud dalam kumpulan ini. Bukan senang untuk kumpulan yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang untuk teguh bersatu dengan ikatan yang begitu rapat, tambahan lagi tuan-tuan datang dari ’divison’ yang berbeza. Keserasian dan toleransi yang wujud dalam kumpulan ini yang menjadikan kekuatan ikatan itu sebagai satu elemen penting dalam menghadapi jerih perih kehidupan semasa belajar. Secara peribadi, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada tuk penghulu kerana berjaya mengemudi kumpulan ini dengan jayanya. Sesungguhnya kepimpinan itu amatlah penting untuk sesuatu kumpulan.

Tiada kata seindah ’terima kasih’ yang dapat saya lafazkan atas sokongan dan komitmen tuan-tuan selama menjadi pelatih PPKKJ 10 di ILSAS. Saya dan pasukan saya, termasuk jurulatih ILSAS amat terharu dengan penghargaan yang tuan-tuan berikan melalui pelbagai aktiiti yang diusahakan bagi merapatkan lagi hubungan ’anak murid’ dan ’guru’ yang menyemarakkan lagi ikatan yang ada. Kenangan bersama kumpulan ini akan tetap dalam ingatan saya,semoga kami di ILSAS juga akan segar dalam tuan-tuan. Maafkan segala yang terkurang.

Sehingga jumpa lagi... Selamat Maju Jaya...